PEMBINAAN TEKNOLOGI MELAYU-ISLAM

Teknologi Melayu-Islam bukanlah sains dan teknologi Barat yang diamalkan oleh ahli teknologi Melayu kini tetapi teknologi yang berasaskan pada kerangka pemikiran Melayu-Islam itu sendiri mengikut pengertian teori paradigma Kuhn. Teknologi Melayu-Islam itu sudah wujud sejak sebelum kedatangan Islam ke alam Melayu lagi dan diperkayakan lagi oleh tamadun Islam tetapi terencat dan terpupus oleh penjajahan Inggeris.